Guest Book

Friday, February 5, 2010

quoted

Syurga Rumah Tangga

Binalah rumah tangga di atas tapak iman
Tulus niat luruskanlah matlamat
Suami pemimpin arah tujuan
Isteri pembantu sepanjang jalan
lalu mulakanlah kembara berdua
Kerana dan untuk...ALLAH jua

Di atas tapak iman dirikanlah hukum Tuhan
Iman itu tujuan Islam itu jalan
Tempat merujuk segala kekusutan
Tempat mencari semua penyelesaian
Rumah jadi sambungan madrasah
Berputiklah mawaddah...
Berbuahlah rahmah

Inilah kunci kebahagiaan rumah tangga
Setia penyayang seorang suami
Cinta dan kasih seorang isteri
Lalu berbuahlah mahmudah demi mahmudah
Lahirlah zuriat soleh dan solehah!

-Pahrol Mohamad Juoi

No comments: